comfirm la x ramai yang tahu bulan2 hijrah kan..
bulan hijrah ni adalah kalendar islam .. bermulanya ketika penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dr Makkah ke madianah..hermm..
bulan-bulan islam :
1 MUHARAM,
2 SAFAR
3 RABIUL AWAL
4 RABIUL AKHIR
5 JAMADIL AWAL
6 JAMADIL AKHIR
7 REJAB
8 SYAABAN
9 RAMADHAN
10 SYAWAL
11 ZULKAEDAH
12 ZULHIJJAH
SEKARANG kita berada dalam bulan Rabuil Awal..iaitu bulan ketiga..korang tahu x maksudnya apa..Rabiul Awal adalah Musim bunga yang pertama..banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan Rabiul Awal..1.12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi Nabi Muhammad di lahirkan.. 2.9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi merupakan tarikh pelantikan Baginda sebagai Rasul. 3.12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah adalah tarikh kewafatan baginda S.A.W.
sebabb tu la dalam bulan ni kita pergi masjid akan majlis maulud..sama2 kita berselawat kepada junjungan NAbi Muhammmad s.a.w..bukan kat masjid je.kadang orang akan buat majlis dirumah..bagi memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w. jadi kita sebgai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.tdan juga Rasul junjungan sama2 lah kita memperingati tarikh kelahiran baginda dengan memperbanyakkan zikir dan selawat tanda bersyukur kepada Allah diatas limpah kurnia-Nya mengutus Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam yang membawa manusia kejalan kebaikan dan menegah daripada jalan kejahatan. Kewajipan kita sebagai umat baginda ialah menyambung perjuangan baginda itu dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menegah daripada perbuatan mungkar. haaaa...ni bukan tanggungjawab kita sensorng..ni adalah tangungjawab bersama kita sebagai umat Muhammad shallallahu 'alaihiwasallam..kita khalifah Allah dimuka bumi akhir zaman..
Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Ali-Imraan ayat 31-32:
Terjemahannya:"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir"
barakallahhfik.. marilah berselawat
P/S : speacial thnk to EM ...blog lu banyak bagi inspirasi bro..
